Wednesday, November 23, 2011

Pemberitahuan : Notice to Visitors

More updates, photos etc can be found on our Facebook Page at www.facebook.com/beringinbikerzclub (or simply click at the widget on the right).

This blog will be used for more 'serious' items ie the administrative matters, club constitutions, medium and long term activity plans etc - plus of course the necessary background information of the club and its members.

Do check in from time to time. However, any updates done on this blog will be announced and linked from the Facebook Page.

Thank you for visiting.

Admin.

Wednesday, July 20, 2011

1st BERINGIN JUNIOR ROAD CHALLENGE & SUKAN RAKYAT 2011

Acara 1st Beringin Junior Road Challenge & Sukan Rakyat 2011 akan diadakan pada hari Sabtu 30hb Julai 2011 yang akan datang, bermula pada jam 7.45pagi, bertempat di depan SKLB. Asalnya acara tersebut dirancangkan untuk diadakan pada musim cuti persekolahan yang lepas tetapi terpaksa ditunda kerana tarikh tersebut bertindih dengan banyak jemputan-jemputan walimatul urus – maklumlah cuti sekolah.


Berkesesuaian dengan objektif penubuhan BBC (sila rujuk halaman BBC – Our Story di http://beringinbikerzclub.blogspot.com/p/bbc-our-story.html atau info page Facebook) acara kali ini merupakan satu acara Lumba Basikal Road-Bike (selepas acara Kayuhan Santai dan Mini Jamboree MTB pada Mac lepas) – disamping mengadakan acara keluarga, acara lumba diadakan bagi memberi peluang penyerlahan bakat-bakat lumba basikal bagi para remaja Lembah Beringin – insyaallah bakat-bakat yang dikenalpasti akan cuba diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi nanti.

Acara kali ini akan dianjurkan bersama oleh Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin yang baru-baru ini (sekali lagi) diisytiharkan sebagai salah satu sekolah rendah terbaik di Malaysia.

(Insyaallah juga jika diizinkan, satu acara MTB khas bagi para remaja akan diusahakan pada akhir tahun ini untuk tujuan yang sama).

Untuk tidak menghampakan pengayuh-pengayuh basikal tegar Lembah Beringin yang ‘lebih umur’ (tak layak masuk perlumbaan) – kami menjemput para pengayuh tegar ini untuk bersama-sama mengiringi pelumba-pelumba remaja (kat belakang la tapi) – orang kata ‘the more the merrier’, ikut kata orang melayu moden, ‘lagi ramai lagi syiok, beb’.



Disamping Perlumbaan Basikal Road-Bike serta Sukan Rakyat, juga akan diadakan Demonstrasi Sukan Memanah yang dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor. Demostrasi ini juga diadakan bersempena ‘pelancaran’ Unit Sukan Memanah BBC yang akan diwujudkan dengan kerjasama Sekolah Keb Lembah Beringin.

Bersempena juga dengan sumbangan Jersey Bolasepak oleh Jabatan Belia dan Sukan kepada BBC, kami juga akan ‘melancarkan’ Unit Bolasepak dan Futsal BBC pada hari yang sama. Volunteer untuk mengepalai Unit ini amat dialu-alukan.

Sebagai sokongan BBC dan PPLB terhadap Alumni SKLB yang baru ditubuhkan – satu gerai Jualan Amal mengutip dana bagi menampung aktiviti-aktiviti Alumni SKLB akan diadakan. Kami menyeru kesemua ahli keluarga Lembah Beringin bersama-sama menyumbang demi anak-anak kita juga yang merupakan alumni SKLB ini.

Sila post komen di blog dan/atau facebook kami atau hubungi saya Nik M Zaim di 019-3857741 sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan atau perlukan penjelasan.

Sekian, terima kasih – dan kita jumpa DISANA nanti.

Sokongan semua amat dihargai.....demi warga Lembah Beringin.


Borang Pendaftaran:

Thursday, April 21, 2011

Cigarillos Everyone!!!!!!!!!!!

And thus...., we were born!!!!!
Nineteenth day of the month of March of the year Two-Zero-One-One.

The quick birth was officialised by the YDP of Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman bin Nail on the wonderful Saturday morning (wonderful as usual given the 'special' climate surrounding Lembah Beringin area).







Keep on the watch-out, this 'banner' will make it's way around the country hehehe.......










Note:
The event named KAYUHAN SANTAI KELUARGA LEMBAH BERINGIN 2011 AND MINI CARNIVAL was covered by Cycling Malaysia Issue #8 (June 2011).