BBC - Our Story

- page STILL  under construction -
BE SURE TO COME AND VISIT AGAIN..... ;-)))

Officially known as BERINGIN BIKERZ SPORTS AND RECREATIONAL CLUB, we are currently in the process of being registered under the Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

 4.1      Memperkenal dan menaikkan nama Lembah Beringin sebagai satu destinasi Sukan Lasak dan Luaran di kawasan Hulu Selangor.

4.2       Berperanan sebagai satu platform dan pemangkin kepada aktiviti-aktiviti sihat bagi ahli-ahli dan penghuni-penghuni kawasan Lembah Beringin serta berperanan dalam pembentukkan dan pembangunan sahsiah para belia di Lembah Beringin. Juga berperanan untuk mengenalpasti serta mengenengahkan bakat serta potensi ahli di dalam bidang sukan yang disertai untuk penglibatan yang lebih tinggi.

4.3       Berperanan sebagai satu platform bagi aktiviti pengumpulan dana sebagai sumbangan Kelab kepada kegiatan amal badan-badan atau persatuan-persatuan amal yang terpilih.

4.4.      Untuk mewujud dan mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal seliaan daerah, negeri dan kebangsaan serta bekerjasama dengan rapat bagi mencapai objektif-objektif dan matlamat penubuhan Kelab.

LOGO / LAMBANG


Logo / Lambang Kelab ini adalah gabungan diantara logo Kawasan Perumahan Lembah Beringin yang juga merupakan logo Persatuan Penduduk Lembah Beringin dengan lakaran ‘silhoutte’ bukit menaik serta ‘silhoutte’ seorang penunggang basikal MTB yang sedang mendaki ke puncak bukit. 

‘Silhoutte’ bukit, disamping melambangkan keadaan geografi Lembah Beringin yang dikelilingi kawasan hutan/tanaman berbukit – satu aset unik kawasan ini, menjadikan ia satu lokasi yang berpotensi untuk sukan luaran dan lasak – juga melambangkan satu cabaran untuk diatasi dalam usaha memajukan diri dan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi, sebagaimana digambarkan oleh usaha ‘silhoutte’ penunggang basikal MTB tersebut. Manakala logo Persatuan Penduduk Lembah Beringin yang seakan-akan bulan penuh purnama menyinari ‘cabaran’ dan ‘usaha mengatasi cabaran’ tersebut sebagai melambangkan usaha bersama masyarakat Lembah Beringin dalam usaha ‘memajukan diri dan masyarakat ke tahap yang lebih tinggitersebut.